Rabu, 1 Jun 2016

Netizen Lahir Tidak Puas Hati Keputusan Unduk Ngadau 2016

Sherry Anne Laujang, mewakili Penampang dinobatkan sebagai Ratu Unduk Ngadau Peringkat Negeri 2016. Di tempat kedua pula adalah Claryssa Henry mewakili Kudat dan di tempat ketiga disandang oleh Fenny Ester Joslin mewakili Banggi.
Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Negeri tahun Sabah 2016 baru sahaja melabuhkan tirainya petang tadi di mana para juri sebulat suara memilih peserta yang mewakili daerah Penampang, Sherry Anne Laujang untuk dinobatkan sebagai Ratu Unduk Ngadau Sabah tahun ini.

Tempat kedua pula menjadi milik Wakil Daerah Kudat, Claryssa Henry dan ketiga Wakil daerah Banggi, Fenny Ester Joslin.

Penulis memetik salah satu pandangan yang dilontarkan oleh seorang pengguna laman sosial yang berbunyi :


Keputusan akhir Pertandingan Unduk Ngadau 2016 cukup kontroversi tahun ini.. Timbul tanda tanya dan persoalan..
Kenapa bukan peserta dari Kudat yang dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau walaupun beliau berjaya melepasi tiga peringkat tapisan termasuk fasih berbahasa Rungus..
Fasih bertutur menggunakan bahasa ibunda dengan jelas dan lancar merupakan antara kreteria penting sebelum seseorang itu digelar sebagai Unduk Ngadau.. Mungkin pihak tertentu perlu beri pencerahan dengan tepat, jelas dan berasas bagi meleraikan kontroversi yang timbul..
Saya melihat, mendengar dan berfikir apa berlaku di atas pentas akhir Pertandingan Unduk Ngadau tadi tidak sepatutnya berlaku.. Moga apa yang berlaku tidak akan berulang untuk tahun depan..
'Perkukuh Budaya Melalui Kaamatan'
Sebelum pertandingan bermula, pihak jawatankuasa Unduk Ngadau 2016 telah menetapkan antara syarat yang dikenakan adalah mesti FASIH BAHASA IBUNDA..
Keratan Akhbar kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau 2016
 APA ISU sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Netizen ?

 Untuk lebih jelas lagi TONTON ini ketika Sesi Soal Jawab dalam bahasa ibunda..
Video Sesi Soal Jawab Pemenang Pertama UN2016 dari Penampang

Video Sesi Soal Jawab Pemenang Kedua UN2016 dari Kudat

Selesai menonton kedua Klip Video di atas mungkin sedikit sebanyak anda tahu kenapa ramai yang tidak berpuas hati keputusan ini kan ? Harap-harap pihak yang berkenaan ada jawapannya.. Sebarkan supaya kita semua dapat jawapan dari pihak yang berkenaan.. Kredibiliti pengadilan sangat teruji untuk edisi kali ini.

Melalui info atau maklumat tidak rasmi dari rakan-rakan dan sedikit pengetahuan penulis akan ulas dalam masa terdekat kenapa MESTI PENAMPANG yang MENANG..

Dipetik dari : Suara Masyarakat Sabah

BACA JUGA (Dikemaskini) : Ulasan Salah Seorang Pengadil Unduk Ngadau 2016  

Loading...
Share This